Barisan watak Monthly Girls' Nozaki-kun

Umetarou Nozaki (野崎 梅太郎, Nozaki Umetarō)Disuarakan oleh: Yūichi Nakamura[4][5]Seorang pelajar sekolah tinggi lampai bekerja sebagai pengkarya manga shōjo Koi Shiyo (恋しよっ) dengan nama pena Sakiko Yumeno (夢野咲子, Yumeno Sakiko); karyanya disambut baik kerana dikatakan pandai menulis berjiwa cinta meskipun dia sendiri tiada pengalaman sedemikian malah sangat pendiam.[ch. 1,2] Dirinya menawan hati Sakura.[6]Chiyo Sakura (佐倉 千代, Sakura Chiyo)Disuarakan oleh: Ari Ozawa[4]Seorang pemudi sama sekolah dengan Nozaki yang menaruh hati padanya, dia menjadi pembantu bersama Mikoshiba kerana disalah sangka sebagai seorang peminat setia. Dia mahir melukis dengan cat air malah menganggotai kelab seni sekolahnya.Mikoto Mikoshiba (御子柴 実琴, Mikoshiba Mikoto)Disuarakan oleh: Nobuhiko Okamoto[4]Sahabat Nozaki dengan panggilan Mikorin (みこりん) yang turut membantu Nozaki mengemaskan lukisan mengisi latar belakang karyanya[ch. 3] serta memberi ilham kepada watak-watak ranpa disedari Mikoshiba sendiri. Dia seorang berperwatakan pandai mengorat namun cepat malu dengan kelakuannya sendiri.